.:: BIBLIOPHILE ::.

31.12.13

Resepi : Jemput-Jemput Dodol

Assalamualaikum wbt...

Request daripada abah, untuk minum petang hari ni ika buat jemput-jemput dodol. Abah memang suka sangat makan jemput-jemput dodol. Bukan setakat abah je, satu family pun suka juga. Ika belajar buat daripada abah ihiks. Abah ni macam-macam jemput-jemput dia suruh ika buat. Jemput-jemput jagung laa, jemput-jemput kelapa parut laa, jemput-jemput ikan bilis laa dan banyak lagi. Untung betul mak ayah pandai memasak ni, nak masak apa tanya je, bila-bila masa boleh belajar hewhew

So hari ni ika kongsi resepi jemput-jemput dodol yang paling mudah untuk pembaca blog ika. Senang sangat nak buat. Bahan pun tak banyak, sesiapa pun boleh buat. Orang yang tak reti memasak pun boleh buat juga :)

Let's proceed with the ingredients.

Bahan-bahan:
Tepung gandum
Garam
Susu full cream (jika perlu)
Air (sedikit air panas + selebihnya air biasa)
Dodol (dipotong dadu)

Cara-caranya:
1. Campurkan tepung gandum, garam dan sedikit air panas dalam mangkuk. Kacau-kacau kemudian masukkan pula sedikit susu full cream dan air biasa sedikit demi sedikit. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga kesemuanya sebati.
**jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair, agak-agak macam buat jemput-jemput biasa tu je
**tujuan letak sedikit air panas tu nak bagi jemput-jemput lembut, kalau tak letak nanti keras. Tak tahu laa betul ke tidak kan, ika ikut je tips abah mihmih
**kalau nak jemput-jemput nampak gebu bebulat comel je dia punya kembang tu, so boleh letak satu sudu teh tepung penaik
2. Kemudian campurkan dodol yang telah dipotong dadu pula. Gaul-gaul.
3. Goreng dengan minyak yang telah betul-betul panas. Goreng sehingga jemput-jemput kembang dan berwarna kekuningan dan angkat. Jangan sampai hangus pula hewhew
4. Toskan minyak dan hidang.


Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Kadang-kadang untuk supper pun ika buat juga bila perut dah kruukkk kruukkk tu hewhew. Makan masa panas-panas memang best! Lagi banyak kita letak dodol lagi sedap sebab lagi rasa manis-manis dodol.

Texture memang agak melekit sikit. Jangan tanya kenapa laa kan melekit, dah dodol memang gitu mihmih. Lepas tu nanti kuali sudip segala bagai sila laa basuh bersih-bersih ya :)

Seperti biasa, tips untuk jemput-jemput yang superb sedap sehingga menjilat jari,
jangan lupa bismillah, selawat dan masak dengan penuh kasih sayang ;)

Selamat mencuba ^^v
Till then,
may peace be upon you, upon me, upon us all.